adlin dayana
Twitter · Instagram ·



tuan tanah

Secara sasteranya,aku seorang Adlin Dayana atau nama singkatnya Yana si baik hati yang suka menulis cerita fiksyen,fakta2 tersendiri dan bertemakan muzik keras ditelinga. Selalu gagal dalam percubaan pertama tp sekali aku jatuh tak selamanya aku tersungkur.Pernah menjuarai rumah sukan Kenyalang dalam acara lari berganti-ganti 3x100 sewaktu menduduki Darjah 1. Pemain bola jaring kedudukan Center sewaktu dibangku lewat 10,11,12 tahun. Kaki size 5 baju size M/L. Lebih dikenali dengan sikap suka buat hal sendiri dan keras kepala.

Dua tiga kucing berlari, eh terjatuh pula!

Adlin Dayana MAL El Kasyah

Support
Follow me :)


Tweet Tweet

Recent Posts
· Menifestasi Core


class
Thursday, 1 August 2013 | Posted by Lionel | 0 comment/s
bila sebut pasal class ,aku tersenyum ,aku menangis ,aku gembira ,aku derita. macam-macam yang aku rasa bila dalam class ,bukan class, isi class.

setiap darinya ada ragam dan perangai tersendiri ,kadangkala annoying kadang kala gila dan kadang kala kami merasa pedihnya bersama. bila aku teringat akan memori-memori yang pernah aku lalui bersama mereka, aku rasa bersyukur mengenali mereka. kawan yang banyak membantu aku dan mengajar aku erti persahabatan. sahabat yang gila.

setiap hari aku menghadap mereka yang tak pernah berubah ,walaupun class paling dianti, dicaci dan dibenci oleh mana-mana guru yang mengajar kami, akan tetapi Puan Rushizah Basir sahaja yang faham dan tak pernah jemu mendidik kami menjadi seorang manusia yang berguna ,walaupun kadangkala kami gagal akur pada arahnya ,tapi dia lah yang paling kami sayang. Tanpa dia, siapalah kami.

setiap detik yang aku lalui ,setiap ranjau yang ditempuh bersama. saat pahit manis getir dirasa bersama, takkan pernah aku lupa.

Farah yang terkenal dengan sikap nakalnya a.k.a partner aku bila dalam class. kawan yang kurang ketinggian tapi tinggi akal IQ nya, dialah yang selalu buat aku tertawa, walaupun dia seorang kaki k-pop tak beriktiraf !
Dotty yang perangai entah apa-apa. selalu ganjil antara kami bertiga. kalau kami berdua pakai baju sukan, dia sorang sesat baju sekolah. entah apa-apa je hidupnya, tapi! dia kawan yang baik dan cukup faham aku :) mereka berdua antara kawan yang paling awesome yang pernah aku ada, tak pernah berhenti beri kata-kata semangat yang bukan-bukan pada aku, tapi aku tetap menghargainya :)

Ayu, Anis, Melissa . Tiga serangkai yang kaki ukur bangunan sekolah, kaki ponteng kelas, dan kaki gossip tak berbayar. Mulut masing-masing ada kelebihan tersendiri. Walaupun kadangkala menyakitkan hati, tapi mereka baik, anis yang penyanyang , melissa yang baik takdalah baik mana tapi bolehla hahaha, dan ayu yang selalu perasan diri dia tinggi macam aku. mitos semua tu ayu. haha

Eqa, Yasmin, Amalina dan Nadia. kira kemana-mana semua mereka mesti berempat, nampak macam pendiam, tapi bila dah bercampur dengan diaorang memang sumpah lucah-lucah pun masuk nak nak lagi dengan Yasmin, rock!! Hahaha ,Eqa yang baik dan Amalina yang kaki gossip artis (semua dia tahu) Nadia yang ntahlah tak tahu nak describe macam mana. but aku selesa kawan dengan diaorang :)

Haziq, Achik, Alep. satu2nya bff lelaki yang aku ada, be friend since form1, dan sehingga kini. Haziq yang sweet ala-ala Jack and Rose, baik dan yang penting dia sayang aku.hahah Achiq yang sempoi dan gila! Paling best layan kepala dia, tapi tak boleh layan sangat nanti gila macam dia hahah. Alep yang pendiam? pendiam ke? not badlah, haha tapi badan dia tough wohh!hahaha

Ijam, Hazmeen ,dua ekor monyet yang selalu mengacau hidup aku, selalu dajal aku, terutama monyet yang bernama hazmeen . Sehari tak sakat aku, tak kenakan aku, tak bahan aku, tak kutuk aku tak lena tidur agaknya. Tak cukup dalam class, dalam facebook, twitter pun sama je. Paling tak tahan layan kepala Ijam yang kadang2 mengerikan, menyeramkan dan meremang bulu tiak i bila melayan dia ni hahah

Rashid, Fakhri, Upek *bukan nama sebenar* HAHAHA Aidil, Putra, Afiq, Wan, Zainul, yang agak pendiam tapi kalau dah gila, rasa macam nak tampar je sekor2 haha. Bila dah bercampur dngan geng budak-budak baik*geng sebelah kiri class a.k.a geng pendiam* ni rasa dah macam perpustakaan je diam senyap hanya bunyi kipas je yang dengar, anak murid kesayangan cikgu katanya!haha .
dan last sekali akulah Adlin Dayana yang suka menyanyi dalam class, kira main singer lah haha .kadang2 suka sakat orang, buat bising, paling best aku gelak, haha aku tak tahu kenapa aku ketawa macam tu, habis satu kelas bergema kalau aku ketawa,hahaha apapun aku sayang korang, act tujuan aku dalam post ni cuma nak cakap

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin ,mintak maaf salah silap selama ni, mungkin aku gurau terlalu kasar sehingga buat perasaan korangg terguris, kalau ada yang tersinggung tu mohon ampunlah dari hujung kaki sampai kepala ,eh?haha pun boleh, halal makan minum, terima kasih semua atas jasa baik korang selama ni,aku hargai sangat-sangat ,hehe Yeayyy bye!