Yana's Uni life!

Hello! Assalamualaikum dan selamat petang! Okay esuk final paper Mass Media lepas tu boleh hooray-hooray berzimba! Tak sabarnya nak balik Johor! Rindu mama, ayah, kakak adik dan juga adik-adik bulu saya tu! 
Lama gila tak update blog ni! Bersarang lebah dah, haha. Aku busy. Busy sangat ke? Takdalah busy mana tapi tu lah ada je benda nak dibuat, sampai aku malas nak menaip dah. Haha! Aku busy dengan class, dengan assignment, busy membetulkan life aku thats why aku malas nak update blog. Lagipun hidup aku ni membosankan, apa je aku nak bebel dalam blog ni? Kau orang pun nanti bukannya berminat nak baca. haha, sometimes aku macam tak sangka sangat aku dah masuk universiti, kehidupan aku completely berubah, dari potato ke sekarang dah cantik sikit la (alamak korang ni bagilah chance!) haha! maksud aku, aku cam tak sangka aku dah masuk alam universiti. dulu zaman sekolah macam tak sabar-sabar nak masuk, nak alami sendiri apa itu kehidupan universiti. yela dulu zaman sekolah aku gatal kemain konon nak ada bf nanti zaman uni tapi hampeh! punyalah berharap dapat melalui pengalaman buku jatuh sebab terlanggar bahu lelaki pastu bertukar no telefon ke apa, haha haram jadah itu drama semata! babi, aku rasa aku tertipu sungguh selama ni. Siapa kata aku ada bf kat zaman uni? Fark, aku masih seorang loner. Kenyataan tu takkan dapat diubah. haha

Sepanjang 6 bulan aku kat sini, macam-macam yang aku lalui. Secara tak langsung kehidupan yang berbeza dan di tempat yang berlainan turut merubah cara aku berfikir. Aku lebih bersifat terbuka. Ditambah pula dengan course aku, Diploma In Mass Communication, kau taulah budak-budak meskom ni macam mana. Haha. Ya, secara tak langsung course ini telah merubah hidup aku. Segala-galanya. Dari tak reti berfesyen, sekarang akulah paling peduli pasal fesyen. Dari tak reti make up, sekarang history YouTube semua tutorial make up. Ha gitu! Bukan apa, bila kau dah jadi sebahagian dari orang-orang meskom, kau akan tahu kenapa perubahan ni terjadi pada aku. Aku bukan culture shock tapi eh macam ye je? haha!

 Tak, sebenarnya kau akan sampai satu tahap tu kau rasa kau rendah diri yang teramat. Kau akan rasa segan bila kau berjalan dengan orang yang lain cara berpakaian macam kau, lain stereotype macam kau. Kau akan secara langsung try to adapt dengan diorang sebab kau tak nak rasa ketinggalan dan dipinggirkan. Ni nama dia proses assimilation. Ha! see ilmu Sociology aku dah keluar! haha. Nak ikut boleh, tapi pandai-pandailah menjadi bijak dalam menguruskan diri. Tak salah nak ikut kawan gila fesyen, tapi jangan fit in diri kau macam kau ni sama dengan dia. Orang ni berbeza-beza. Mana yang kau rasa kau tak boleh ada, terimalah, Mungkin itu yang terbaik untuk kau. Lagi satu aku nak pesan, jangan sesekali salah pilih kawan. Itu paling scary rasanya?! Eh tapi sebenarnya salah pilih groupmate assignment adalah paling sakit! Ok-ok aku serious ni. 

Salah pilih kawan tu paling sakit sebenarnya sebab kesan dia bukan sehari dua, tapi mungkin memberi kesan pada kau sampailah ke besar. Masuk uni ni, seolah-olah macam kau kena campak dalam bulatan di mana keliling kau api. Kau nak keluar dari api tu bukan senang. Macam tula apa yang aku lalui, Masuk uni ni banyak halangan. Duit satu hal, masalah dengan roommate atau housemate lain cerita pulak. Pening kepala bhai. Dapat pulak classmate sejenis yang semua budak-budak nakal, buat jahat nombor 1, assignment paling malas nak buat. Yang ini neraka. Ya, inilah terjadi kat aku. Aku takdelah nak sok-sok sucik sangat tapi benda ni betul. Apa yang kau tak expect tu lah yang terjadi. Jadi, aku sekarang ni cm harap-harap je aku tak terjebak jadi macam mereka.

Sebab setiap kali aku nak buat jahat, aku akan cuba ingat balik apa niat aku datang ke sini. Aku datang sini sebab aku nak belajar, aku nak graduate dengan cemerlang, aku nak banggakan mak ayah aku yang bersusah payah bagi duit tiap-tiap bulan sepanjang tempoh pengajian. Aku bukan datang dari keluarga senang. Keluarga aku bukan jenis harini mintak esuk dapat. Keluarga aku jenis kalau kau nak, kau usaha. Kau kumpul duit sendiri, kau beli. Aku dibesarkan bukan dengan cara disuap semua benda. Jarang-jarang nak tengok aku mintak mak ayah belikan aku barang. Lepas habis SPM pun aku bekerja, kumpul duit sendiri. Sebahagian dari gaji aku buat beli barang-barang nak masuk Uni, selebihnya aku simpan buat duit poket, entah-entah esuk lusa susah ada juga duit simpanan sendiri. Entahlah, aku dah terbiasa hidup macam ni. Susah sekali nak tengok aku call mak atau ayah mintak bank in kan duit. Selalunya aku diam aje sampailah aku rasa terdesak betul nak pakai duit. 


Life aku kat sini berubah. Uni life banyak ajar aku benda baru. Benda-benda yang aku tak pernah buat kat rumah, aku buat kat sini. Contohnya macam aku kan tak pernah hidup berasrama, ni first time aku rasa hidup beramai-ramai dalam satu rumah di mana semuanya strangers. Tapi mujurlah aku jenis orang yang mesra, mudah nak didekati dan aku agak peramah. Alhamdulillah takde masalah dengan siapa-siapa. Tak pernah la bergaduh bertumbuk dengan sesiapa kat sini. Haha. Dari segi pemakanan pulak, ha yang part ni memang best. Aku makan 2 kali je sehari which is lunch and dinner. Aku punya tahap nak jimat tu, aku beli nasi sebungkus dengan satu atau dua lauk which is biasanya tak lebih RM5, aku belah 2 nasi tu. Separuh siang separuh malam. Tapi dengan syarat kau ambil nasi macam polistrine tu nak pecah ah, ahahah! Aku punya jimat ni aku rasa aku sorang je kot buat! Yang namanya membazir, dah takda dah dalam kamus hidup aku. Segala jenis makanan kat sini aku cuba hargai, sedap tak sedap, aku bedal. Roti dah tamat tarikh luput selagi tak berkulat, selagi tu aku bedal. See? Punyalah bagus aku ni. Dahla berdikari, pandai memasak, funny, tapi tu ah masih loner. Hmmmmm


Cakap pasal loner, actually aku takdelah loner mana. Aku ada je fling dengan sorang mamat ni. Actually lama dah aku kenal dia. Dari zaman MDS lagi tapi entahlah baru-baru ni jugaklah berkenalan, Segalanya bermula di Instagram. Ha gittew. Mula-mula macam chill-chill je berkawan la macam biasa, punyalah berjanji ni tak nak ada perasaan kat each other sebab niat mula-mula nak main-main je. Tapi tula sekeras-keras aku, aku masih perempuan. Cair la jugak tiap kali bertukar goodnight wishes dan bertentang mata. Aku rasa nervous je tiap kali nampak dia. Aku kecut perut. Ya, sampai ke hari ini pun. Mungkin tu tanda aku mula sayang dia kot? Entah!. Tapi makin hari, aku makin sedar siapa aku dalam hidup dia. Aku mula stop questioning if he ever had a feeling towards me because it doesn't matter anymore. Kita ni bukannya buta sangat, tapi bolehlah bezakan bila orang tu betul-betul ada hati ataupun tidak. Sekarang ni aku biarkan je dia macam tu. Aku tak nak ambil peduli dah semua tentang dia. Aku anggap yang semua ni terjadi bersebab dan Tuhan hadirkan dia sekadar untuk menguji. Aku takkan boleh buang rasa sayang ni dalam sehari dua, tapi apa yang aku pasti, aku akan simpan rasa sayang ni sehingga aku jumpa orang lain yang betul-betul boleh sayang aku macam mana aku sayang dia. Aku tahu dia jauh, tapi aku sentiasa akan doakan yang terbaik dalam hidup dia. Sesakit apa pun yang aku rasai sebab dia, aku bukan seorang pendendam, Aku tak pernah benci dia. Aku anggap je semua ni memang takdir hidup aku. Semoga Tuhan jumpakan dia seseorang yang betul-betul dia sayang dan orang tu pun sayangkan dia. 


Untuk awak yang saya sayangi, saya selalu doakan yang terbaik untuk awak. Awak tahu siapa awak. Saya tak perlu mention nama kan? Jangan lupa jaga kesihatan, jadi anak yang baik. Jangan skip makan. Kesihatan tu paling penting. Saya sayang awak.


Dicoret ikhlas oleh,
your dd. 

Comments

Popular Posts